...

Wednesday, 3 July 2013

TIPS: Bagaimana Melatih Bayi Menggunakan Botol

Rasa kecewa bila bayi anda menolak bila diberikan botol? Dah cuba banyak jenama tapi masih tak berjaya?


Nak tahu TIPS: Bagaimana Melatih Bayi Menggunakan Botol?


Jangan risau...anda tidak keseorangan. Berikut adalah TIPS: Bagaimana Melatih Bayi Menggunakan Botol dari ibu berpengalaman yang boleh anda cuba semasa melatih bayi menyusu botol.


  • Digalakkan memberi perahan susu ibu (EBM) kepada bayi. Selain mengelakkan payudara ibu membengkak, EBM terbukti mampu menenangkan bayi serta mengelakkannya dari terkejut akibat perubahan rasa susu.

  • Minta bantuan orang ketiga. Biarkan si ayah atau pengasuh yang memperkenalkan botol susu kepada bayi. Logiknya, bayi akan lebih sukar untuk menerima botol jika dia merasa payudara ibunya ada berdekatan. Pastikan ibu TIDAK BERADA BERSAMA semasa 'bottle-training' kerana bayi anda boleh menghidu bau ibunya sejauh 10 kaki. Bila ibu tiada di sisi, secara tidak langsung ia memberi isyarat kepada bayi yang " Oh..ini masa untuk minum susu dalam botol" atau pun.. "Eh, apa ni? (hisap..hisap..)..jap2x...oh sedap..sedap".

  • Bereksperimen dengan posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi. Cara yang boleh dicuba ialah dengan menyusukan bayi mengadap ayah/ penjaga (face-to-face).

  • Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, tunggu sehingga bayi buka mulut dan menghisap puting. Dengan Botol Susu MIMIJUMI, tugas anda jadi lebih mudah kerana botol ini direka supaya ia kelihatan seperti puting ibu dan susu hanya akan keluar bila bayi mula menghisap.

  • Cuba susukan pada waktu malam, yakni ketika bayi anda lebih relaks. Bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.

  • Peluk dan tenangkan bayi. Cuba bercakap-cakap dengan bayi, mendodoi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Boleh juga dukung dan bawa bayi berjalan-jalan semasa cuba menyusukan. Tidak perlu jalan tergesa-gesa, cukup hanya berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan bayi muntah. Ia akan buat bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya dari payudara ibu.

  • Gunakan botol susu yang menyerupai payudara ibu supaya bayi tidak keliru puting.

  • Last but not least - NEVER GIVE UP! Teruskan mencuba, bersabar dan berikan masa untuk bayi menyesuaikan diri dengan btol.


TIPS: Bagaimana Melatih Bayi Menggunakan Botol
Botol Susu Mimijumi



SELAMAT MENCUBA!

Credit to Samantha Cardone




Artikel BerkaitanMencari botol susu yang menyerupai payudara ibu?






BOTOL SUSU MIMIJUMI
Dapatkan Sekarang







Lawati facebook kami di sini atau hubungi / whatsapp 012-235 8956 untuk maklumat lanjut berkenaan Botol Susu Mimijumi

----------

Babyboo Mimijumi
TIPS: Bagaimana Melatih Bayi Menggunakan Botol

No comments:

Post a Comment